‘The Best Wantan Ever’ – Tular Wantan Isi Secubit, Reaksi Netizen Pula Tidak Pernah Mengecewakan

5 Aug 2022 • 4:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang ‘comel’ sangat wantan dia beli ni.

‘The Best Wantan Ever’ – Tular Wantan Isi Secubit, Reaksi Netizen Pula Tidak Pernah Mengecewakan. Sebut sahaja pasal makanan, pelanggan mana yang tak suka bila diberi ‘portion’ yang besar. Tambah-tambah pula bila dapat harga murah, betul tak?

Tapi lain pula ceritanya dengan kisah wanita ini. Wantan yang dibelinya, nampak macam tisu pun ada.

image is not available
‘The Best Wantan Ever’ – Tular Wantan Isi Secubit, Reaksi Netizen Pula Tidak Pernah Mengecewakan. Sumber: FB Anne Razali

Menerusi muat naik seorang pengguna Facebook, Anne Razali memuat naik gambar wantan yang dibelinya di sebuah gerai jalanan dengan kapsyen yang agak sarkastik.

The best wantan ever. Seringgit 4 ketul saja image is not available Nasib baik cucur Dahfa nya sedap,”

Anne Razali via Facebook

Malang buat Anne, wantan yang dibelinya hanya diletakkan inti yang sangat sedikit, umpama hanya diberikan secubit sahaja kemudian digoreng. Kalau dari jauh, memang tak ada rupa wantan langsung.

Wantan inti secubit ini dijual dengan harga RM 1 untuk 4 ketul.

image is not available
Sumber: FB Anne Razali

Sejak dimuat naik, perkongsian Anne telah tular dan mendapat lebih daripada 200 shares dan tanda suka.

Wantan ke kelawar goreng?

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa terhibur melihat wantan yang dibeli oleh Anne ini. Tidak kurang juga ramai yang ingin mengetahui dimanakah lokasi gerai yang menjual wantan ‘tangkai jering’ itu.

image is not available
Sumber: FB Anne Razali

image is not available
Sumber: FB Anne Razali

image is not available
Sumber: FB Anne Razali

image is not available
Sumber: FB Anne Razali

image is not available
Sumber: FB Anne Razali

Ditanya tentang lokasi gerai yang menjual wantan ini, tuan empunya badan enggan mendedahkan lokasi kerana gerai tersebut hanyalah sebuah gerai kecil di tepi jalan. Akibat saiz wantan tersebut, pelbagai gelaran turut diberikan oleh netizen. Antaranya seperti tisu, kelawar goreng, dan wantan isi tembus pandangan.

Amboi, memang kelakar yer netizen kita ni, kan?

Tapi itulah, kepada peniaga di luar sana, janganlah buat pelanggan macam ni. Kasihan pula pelanggan yang mengidam dan lapar tapi dapat makanan yang tidak seindah yang dibayangkan. Tak salah kalau beri lebih sikit, pelanggan pun pasti nak datang lagi. Rezeki pun bertambah-tambah.

Betuk ke tak betul?

Di Sibu pula, ada peniaga yang jual buah dabai sampai RM 95 sekilo! Tapi kenapa agaknya ya? Boleh baca lanjut di sini: