The Bridge of Legends satukan bola sepak, hiburan dan kebajikan

LocalFootball
29 Jul 2026 • 6:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: The Bridge of Legends satukan bola sepak, hiburan dan kebajikan

PETALING JAYA – Barisan legenda Selangor tetap mengambil serius untuk mendapatkan kemenangan pada aksi persahabatan amal The Bridge of Legends menentang selebriti Hong Kong di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), 10 Oktober ini.

Walaupun hanya menentang barisan artis, bekas pemain Selangor yang bakal dibarisi oleh Asmawi Bakiri dan beberapa lagi mantan tonggak The Red Giants sedar lawan mereka pastinya bersedia untuk menyajikan aksi terbaik.

“Kami pun agak terkejut, walaupun mereka hanya selebriti, mereka tetap mengekalkan prestasi serta menjaga kesihatan menerusi bola sepak. Sudah dua tahun pasukan ini ditubuhkan, yang menariknya, ini adalah perlawanan pertama mereka di luar Hong Kong.

“Jadi saya mengharapkan ia berlangsung dengan menarik, lebih-lebih lagi kita bermain di Stadium MBPJ. Kita harap penyokong dapat lihat dengan lebih jelas selebriti Hong Kong dan legenda Selangor dalam perlawanan bola sepak.

“Ia juga akan merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara dan menjayakan Make A Wish, kiranya peminat boleh dapat dua dalam satu pada hari perlawanan nanti, ” katanya ketika ditemui pada Majlis Sidang Media, hari ini.

Selain menggabungkan sukan dan hiburan, sebahagian hasil kutipan acara akan disalurkan kepada Make A Wish Malaysia bagi menyokong usaha membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.

Pada hari perlawanan itu nanti, ia dijangka menghimpunkan peminat bola sepak dan hiburan menerusi satu malam yang meraikan semangat kesukanan, persahabatan dan kebajikan.

Empat kategori tiket akan mula dijual bermula 12 tengah hari, esok, bermula pada haraga RM68 hingga RM368. – KOSMO! ONLINE

The post The Bridge of Legends satukan bola sepak, hiburan dan kebajikan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved