The Cops A juara Boling Padang Pairs Terbuka Sabah

10 Oct 2022 • 2:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Muhd Naufal Azmi dan Mohd Shahril Alfizi Ahmad dari pasukan The Cops A muncul juara pada edisi kelima Kejohanan Boling Padang Pairs Terbuka Sabah yang berakhir di gelanggang boling padang Kompleks Sukan Keningau pada Sabtu lalu.

Pada aksi final yang penuh mendebarkan mereka menewaskan Hanif Jamiri dan Zulsyafiq Zamri dari Labuan V 12-11 untuk membawa pulang hadiah kemenangan RM4,000, sementara finalis yang tewas terpaksa berpuas hati dengan wang tunai RM2,000.

Berkongsi tempat ketiga dengan hadiah tunai RM1,000 setiap satu ialah pasukan MOF (Dg Lapuan @ Zalifah Omar/Abd Rajib Rajan) dan Pelapis A (Adilah Justine/Elldy Maxcanzie Zosmi).

Pasukan yang menamatkan saingan di tempat kelima hingga ke-16 turut menerima hadiah tunai dari RM200-RM500.

Sementara itu dalam acara plate, Supian Buang dan Darus Nasir dari pasukan SB DS memenangi hadiah tunai RM250 selepas mereka menewaskan Zulpikar Manshor dan Eyreza A.Besar dari Labuan Z 11-3 di final.

Labuan Z menerima RM200 sementara berkongsi tempat ketiga ialah pasukan PSS (Jenny Hassan/Shauki Nazri Rasmin) dan Sandakan Bowls (Saadan Alak/Muhd Shazwan Hakemi Saadan) di mana setiap satunya menerima RM150.

Sebanyak 60 pasukan termasuk dari Singapura, Brunei, Wilayah Persekutuan, Semenanjung Malaysia dan Sabah mengambil bahagian dalam kejohanan empat hari itu.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin pada Rabu lalu, sementara majlis penutupan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia Datuk Awalan Abdul Aziz.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Boling Padang Sabah Shuib Hashim dan semua pegawai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.