“The Only Loan Ialah Kereta Bezza ” – Mesin Kilang Harga Juta-Juta Dah Habis Bayar, KA Tak Perlu Rumah & Kereta Mewah

Cars
27 Sep 2023 • 2:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular video memaparkan pempengaruh disayangi ramai, Khairul Aming memberitahu kepada peminatnya bahawa dia lebih gemar melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan daripada membeli barangan mewah untuk diri sendiri.

Menurut Aming, pembelian aset seperti barang-barang kilang yang berharga juta ringgit itu lebih berbaloi berbanding manjakan diri dengan beli kereta atau rumah mewah.

Kata influencer itu lagi, dia tidak suka membuat pinjaman peribadi atau bank semata untuk kehendak dan mahu bebas hidup tanpa hutang.

Saya memang tak ada loan, satu-satunya yang saya ada ialah kereta Perodua Bezza itu sahaja. Yang lain semua aset yang dah dibeli dan habis dibayar termasuklah dekat kilang.

Susulan itu, ramai netizen yang meninggalkan komen berasa kagum dengan Aming serta memujinya kerana tahu bezakan kehendak serta keperluan hidup.

image is not available

image is not available

image is not available 3 weeks ago

“Lain Betul Pemikiran KA” - Ulas Isu Kenaikan Harga Barang, Netizen Bandingkan Khairul Aming Dengan Akak ‘Omelette Viral’