
Kota Kinabalu: Benjamin ‘The Sandman’ menyemarakkan semangat patriotik sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara tahun ini dengan membentuk arca ‘Merdeka, Keluarga Malaysia’ menggunakan pasir tepi pantai di Tanjung Aru, dekat sini.
Bekas kakitangan Yayasan Sabah, lelaki bernama penuh Benjamin David, 62, itu mendapat idea mencipta pelbagai bentuk arca pasir di pantai Tanjung Aru sementara beliau menunggu cucu habis masa persekolahan bermula 12 Mac lalu.
“Saya telah meluangkan masa untuk berehat di tepi pantai ini sementera menunggu cucu saya yang berada di tingkatan enam bawah SM La Salle habis masa persekolahan sebagai rutin harian saya.
