The Weeknd: ‘Cadang kalian tengok The Arrivals di YT’ – Ben Amir

EntertainmentMovie
10 Nov 2026 • 9:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: The Weeknd: ‘Cadang kalian tengok The Arrivals di YT’ – Ben Amir

PETALING JAYA – Pelakon Ben Amir mendakwa kebanyakan konsert hiburan pada masa kini sarat dengan elemen ritual pemujaan, simbolisme dan okultisme yang didakwa bertujuan memesongkan pemikiran masyarakat.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 36, berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja melibatkan konsert hiburan, malah turut dikaitkan dengan upacara pembukaan acara sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

“Sekarang ini orang patut tahu bahawa kebanyakan konsert memang ada ‘ritual’ (pemujaan) syaitan, simbolisme dan okultisme.
“Upacara pembukaan Olimpik dan Piala Dunia pun sama.

“Sesatkan mereka, itu rancangannya,” katanya menerusi satu hantaran dalam Threads.

Pelakon drama Khianat Yang Terpilih itu turut mempersoalkan sokongan golongan wanita terhadap penganjuran konsert hiburan, selain membangkitkan persoalan mengenai identiti pihak yang didakwa mengawal industri muzik.

“Kenapa ramai perempuan yang sokong konsert ini? Awak tahu ke bagaimana dunia ini berfungsi?

“Siapa yang mengawal pemuzik-pemuzik ini? Kenapa pilih pakai topeng dan baju merah?” soalnya.

Dalam pada itu, Ben menyarankan orang ramai menonton beberapa bahan tontonan yang menurutnya dapat membantu mereka memahami perspektif yang dikongsikan.

“Saya cadangkan awak tengok siri The Arrivals di YouTube.

“Tengok filem terakhir Stanley Kubrick, Eyes Wide Shut. Didiklah diri sendiri,” katanya.

Sebelum ini, konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd, mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial susulan penggunaan elemen visual dan persembahan pentas yang mengundang pelbagai tafsiran.

Antara yang menjadi perhatian adalah kemunculan patung robot wanita gergasi hasil rekaan artis Jepun, Hajime Sorayama, selain penari yang mengenakan jubah merah bertudung hud.

Penggunaan kedua-dua elemen tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan bahawa persembahan berkenaan mempunyai kaitan dengan unsur ritual atau pemujaan. – KOSMO! ONLINE

The post The Weeknd: ‘Cadang kalian tengok The Arrivals di YT’ – Ben Amir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved