TheLorry Berjaya Meraih Dana Pelaburan Berjumlah RM4.14 Juta Secara Biayasama

TechnologyDigital
28 Mar 2023 • 7:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

TheLorry kini mengumumkan mereka telah berjaya meraih suntikan pengumpulan dana terbaru, yang dilakukan secara biayasama, berjumlah RM4,140,000. Sebanyak RM3,375,000 telah diraih melalui platform biayasama Pitchin, sementara baki RM765,000 adalah pelaburan daripada pihak MyCIF.

image is not available

Melalui suntikan dana pelaburan baharu ini, TheLorry akan terus memfokuskan dalam memperluaskan pegangan pasaran TheLorry, termasuk mengukuhkan lagi operasi TheLorry di Indonesia.

Pengasas TheLorry, Nadhir sendiri akan berpindah ke Indonesia pada pertengahan kedua tahun 2023 ini, dalam memfokuskan kepada pasaran negara tersebut yang mempunyai hampir 300 juta penduduk.

image is not available

TheLorry merupakan perkhidmatan yang memudahkan pengguna melakukan tempahan lori sewa untuk mengangkut barangan, pindah rumah, dan sebagainya. Ia telah beroperasi sejak 2014 yang lepas di Malaysia, dan turut telah memperluaskan penawaran ke beberapa negara lain di Asia Tenggara.