ThinkBook 16p Gen 4 Kini Rasmi Dengan Sokongan Aksesori Magnetik Magic Bay

TechnologyDigital
6 Jan 2023 • 12:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini, Lenovo ThinkBook 16p Gen 4 turut dilancarkan. Sama seperti tahun lepas, laptop ini hadir dengan takuk terkeluar. Membezakannya dengan generasi lama adalah 16p Gen 4 menyokong pelbagai sambungan aksesori magnetik Magic Bay baharu.

image is not available

Laptop ini menggunakan skrin 16-inci dengan resolusi 3.2K, paparan Dolby Vision serta sokongan kadar segar semula 120Hz. ThinkBook 16p Gen 4 turut dijana dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core siri-H generasi ke-13 dan kad grafik sehingga Nvidia GeForce RTX 4060, memori sehingga 32GB RAM DDR5, storan SSD PCIe Gen 4 mencapai 2TB. Menurut Lenovo, model ini adalah ThinkBook paling berkuasa setakat ini.

image is not available

ThinkBook 16p Gen 4 turut menyokong bateri 80Whr dengan sokongan pengecasan pantas, empat speaker Harmon/Kardon terbina dengan sokongan Dolby Atmos, kamera web FHD terbina dan pengimbas cap jari Samrt Power-on. Untuk ort sambungan, 2x UBS-A, 2x USB-C, 1x HDMI, 1x pembaca kad SD, 1x bicu audio 3.5mm serta sokongan Bluetooth 5.1 dan WiFi 6E.

image is not available

Untuk aksesori magnetik Magic Bay, terdapat tiga produk yang ditawarkan iaitu Magic Bay 4K Webcam, kamera web yang menyokong auto-fokus serta boleh memastikan pengguna sentiasa berada dalam bingkai dengan pilihan sudut pandangan berbeza. Turut terbina adalah lampu dan pengatup privasi elektronik. Ia turut boleh diubah arah dengan engsel fleksibel.

image is not available

Magic Bay Light adalah lampu untuk digunakan bersama kamera web terbina pada laptop. Ia boleh menyala pada tahap kecerahan 200-lux dan cahaya akan hidup sendiri apabila kamera dibuka. Akhir sekali adalah Magic Bay LTE, sebagai modem mudah-alih untuk mengelak daripada sambungan WiFi awam yang tidak selamat. Ia turut boleh digunakan pada laptop lain dengan sambungan USB-C.

image is not available