Thor Love And Thunder Ditunda, GSC Pulangkan Semula Duit Tiket Yang Ditempah, Apa Lagi Disney Buat Kali Ni?

Movie
1 Jul 2022 • 3:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Peminat Marvel pastinya tak sabar nak saksikan filem Thor Love and Thunder yang akan ditayangkan pada 7 Julai 2022 ini. Sampaikan ada yang sanggup membuat tempahan awal tiket pawagam sebab nak jadi yang terawal tengok filem Thor ni.

image is not available

Maklumlah, kita taknak kena spoiler dekat TikTok, banyak sangat dah orang tak bertanggungjawab sekarang ni.

Bagaimanapun, tayangan filem Thor ini dilaporkan terpaksa ditangguhkan kepada tarikh 21 Julai 2022. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh pihak Golden Screen Cinema (GSC) di laman rasmi mereka. Apa lagi lah yang pihak Disney ni buat kali ni?

image is not available

Disebabkan itu, pihak GSC terpaksa memulangkan semula duit mereka yang telahpun membeli tiket awal secara online dalam masa 14 hari bekerja.

Bagi mereka yang membuat pembelian tiket di e-kiosk GSC boleh bawa tiket ke GSC berdekatan dan tuntut semula wang berkenaan. Pengembalian wang turut memakan masa selama 14 hari.

image is not available

Melihat pada respon peminat sudah tentu berasa sedikit kecewa dan kita nantikan apa punca sebenar penangguhan filem Thor ini. Harap janganlah Disney selit agenda bukan-bukan dalam filem ni.

Kredit: GSC

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media