Threads Bakal Sokong GIF Dan Perbualan Secara Berkumpulan Dalam DM

TechnologyDigital
24 Jul 2025 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads meluaskan fungsi pemesejannya dengan menguji sokongan ciri baharu untuk perkongsian GIF dalam DM. Selepas memperkenalkan fungsi perkongsian gambar, ciri baharu ini dilihat sebagai satu lagi alternatif menarik bagi menyampaikan mesej dan ekspresi secara lebih baik. Ia dijangka tersedia dalam ruangan yang sama dengan gambar, lengkap dengan pilihan pelekat dan ikon carian untuk akses yang lebih mudah.

Selain itu, Threads turut sedang menguji ciri menarik semula mesej yang telah dihantar menyerupai fungsi yang ditawarkan di Instagram. Dalam masa yang sama, aplikasi juga membangunkan sokongan perbualan berkumpulan dalam DM yang menjadikannya lebih selari dengan beberapa aplikasi pemesejan milik Meta yang lain. Kemas kini ini dijangka bantu meningkatkan tahap keberkesanan interaksi pengguna dalam Threads sekaligus mengukuhkan fungsinya sebagai aplikasi yang semakin relevan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved