Threads Beralih Ke Nama Domain .com

TechnologyDigital
25 Apr 2025 • 6:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads, perkhidmatan media sosial yang beroperasi dibawah Instagram, kini telah melakukan perubahan pada alaman domain mereka, sekaligus mengubah capaian perkhidmatan berkenaan daripada Threads.net kepada Threads.com.

image is not available

Untuk makluman, pihak Meta sedia mendapatkan nama domain Threads.com ini daripada pihak Shopify pada September 2024 yang lepas. Nilai pengambil-alihan nama domain berkenaan tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak.

Bermula hari ini, pengguna yang ke URL lama Threads.net akan secara automatik dibawa ke URL baru. Ini juga dilihat akan memberikan penjenamaan yang lebih selari kepada semua produk Meta yang menggunakan domain dengan akhiran .com.

Bersama-sama dengan kemaskini ini juga, pihak Threads menambah beberapa ciri baharu, termasuk akses kepada latar masa yang diperibadikan mengikut citarasa dan keperluan pengguna. Kemaskini ini hadir selepas Meta mengumumkan pengenalan ciri pengiklanan pada peringkat global pada Threads, juga pada minggu ini.

View Original Article