Threads Kini Membenarkan Karangan Panjang Sehingga 10,0000 Aksara

TechnologyDigital
5 Sep 2025 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads mempunyai had 500 aksara sahaja dan oleh itu menulis karangan panjang tidak boleh dilakukan. Tetapi hakikatnya sesetengah topik memerlukan penjelasan lebih panjang lebar. Oleh itu Threads kini mengaktifkan ciri baharu membenarkan pengguna mengepilkan dokumen teks tambahan dengan had 10,000 aksara. Dengan ini anda boleh menulis blog, meletakkan petikan daripada buku atau transkrip terus di dalam Threads.

image is not available

Untuk menggunakan ciri ini tekan ikon dokumen baharu yang muncul apabila hantaran baru ingin ditulis. Sebuah tingkap baharu untuk mengepilkan dokumen panjang akan muncul pada skrin. Selepas hantaran di muat naik threads, tingkap kecil untuk dokumen ini akan dipaparkan di susur masa. Keseluruhan teks hanya boleh dibaca selepas tingkap ini ditekan.

Ciri ini sudah boleh digunakan dengan Meta berkata penambahbaikan akan dilakukan selepas menerima input pengguna. Yang menariknya ialah Threads memberikan ciri percuma kepada semua sedangkan X memberikan ciri sama yang diberi nama Articles untuk pelanggan Premium +sahaja.