Threads Kini Menyokong Carian Kata Kunci

TechnologyDigital
1 Dec 2023 • 10:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads akhirnya memberikan ciri carian kata kunci yang merupakan antara ciri yang paling diminta oleh pengguna sejak dari awal. Sebelum ini ciri yang sama hanya diberikan kepada sebilangan kecil pengguna sahaja tetapi hari ini dikembangkan ke peringkat global.

image is not available

Menurut Adam Mosseri, ciri mencari kata kunci ini juga menyokong semua bahasa. Dengan ini proses mencari hantaran berkenaan topik tertentu akan dapat dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai alternatif kepada X/Twitter, ketiadaan ciri ini sejak dari awal adalah agak menghairankan. Ia menyebabkan Threads masih belum mampu menjadi alternatif kepada X/Twitter pada waktu ini.

Ciri carian ini hadir beberapa minggu selepas Threads turut mula menyokong penggunaan tagar dan membenarkan pengguna untuk tidak berkongsi status mereka ke Facebook atau Instagram. Masih adakah di kalangan pembaca yang masih menggunakan Threads selepas minggu pertama?