Threads Menguji Menyorokkan “Spoiler” Di Susur Masa

TechnologyDigital
17 Jun 2025 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setiap kali siri TV dan filem baharu ditayangkan, saya akan melarikan daripada menggunakan media sosial selama beberapa hari kerana pasti ada insan berotak udang mendedahkan plot-plot utama tanpa diminta. Bagi pembenci spoilers, Threads kini menguji ciri untuk menyorokkan kandungan yang seharusnya dirahsiakan daripada dilihat di susur masa.

image is not available

Di Threads, pengguna boleh memilih frasa yang ingin disorokkan dengan memilih ciri “Mark spoiler”. Di susur masa frasa dan gambar ini akan dikaburkan apabila di muncul di susur masa. Implementasi di Threads ini. mirip dengan yang telah digunakan di Reddit sejak bertahun lamanya cuma dengan animasi. Ujian diberikan ke peringkat global tetapi hanya untuk sebilangan kecil pengguna Threads.

Walaupun ciri ini menarik, ia masih memerlukan pemegang akaun menandakan spoiler secara manual. Jika tidak dilakukan, ia masih dapat dibaca oleh sesiapa sahaja.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved