
Bagi pengguna yang sering menghadapi kesukaran mencari semula kemas kini lama di Threads, fungsi Advanced Search baharu ini pastinya menarik perhatian. Melaluinya, pengguna boleh memperincikan carian menggunakan kata kunci tertentu sekali gus memudahkan pencarian semula topik atau perbincangan yang ingin diikuti.

Ciri berkenaan boleh diakses menerusi ikon penapis yang terletak di sebelah kanan ruang carian. Setelah dipilih, pengguna boleh menetapkan pelbagai kriteria carian seperti tarikh kiriman, jenis kiriman, profil tertentu serta komuniti atau tanda pagar (#) berkaitan. Mekipun dilihat sebagai kemas kini kecil, ciri ini berpotensi memudahkan pengguna menjejak semula topik dan perbincangan lama dengan lebih cepat.
Seperti biasa, pastikan aplikasi Threads dikemas kini kepada versi terkini kerana ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat.
Sumber: Threads


