Threads Sedang Menguji Antaramuka Web Baharu

TechnologyDigital
17 Apr 2026 • 6:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Threads berusaha menjadikan aplikasinya semakin relevan. Terbaharu, platform tersebut bakal memperkenalkan dua kemas kini penting dalam versi akan datang.

image is not available

Antara yang utama ialah penambahan format balasan tersusun atau bertindih di mana setiap balasan dipaparkan di bawah kiriman asal. Melalui kemas kini ini, pengguna lebih mudah mengikuti aliran perbualan dan memahami konteks setiap balasan. Hal ini sekali gus menjadikan perbualan lebih jelas serta mudah diikuti.

image is not available

Selain itu, Threads turut menguji antaramuka web baharu yang lebih mesra pengguna dan selari dengan pengalaman aplikasi mudah alih. Paparan terkini menampilkan suapan utama di sebelah kanan dan bar fungsi di sebelah kiri mirip gaya X (dahulunya dikenali sebagai Twitter). Selain itu, kemas kini turut akan membawa mesej peribadi (DM) ke versi desktop buat pertama kalidengan akses mudah melalui panel kiri.

Langkah ini dijangka menjadikan Threads lebih mesra pengguna di web serta menambah nilai pada fungsi mesej untuk meningkatkan keterlibatan pengguna. Threads memaklumkan bahawa mesej di web masih belum tersedia untuk ujian umum namun ia akan mula diperkenalkan kepada pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved