Throwback 2023: Jenayah yang menggemparkan negara

28 Dec 2023 • 11:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara kes-kes kriminologi yang menggemparkan negara sepanjang tahun 2023.

image is not available
Seorang wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, Kangar.

image is not available
Muhyiddin Yassin

BERIKUT merupakan kes kriminologi yang menggemparkan negara sepanjang tahun 2023.

5 MAC

Isteri maut ditembak suami

**media[2476852]**

SEORANG wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, Kangar.

5 MAC

Pelakon tumbuk isteri ditahan polis

Pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada 4 Mac bagi membantu siasatan kes itu.

9 MAC

SPRM tahan Muhyiddin kes Jana Wibawa

**media[2476853]**

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Muhyiddin ditahan SPRM

12 APRIL

Polis buru tahanan lolos ketika dibawa ke penjara

POLIS memburu dua tahanan lelaki warganegara Indonesia yang melarikan diri semasa dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, Johor.

24 MEI

Tikam, bakar teman wanita

PERSELISIHAN faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, di Sungai Besar, Selangor.

2 JULAI

Kekecohan di KLIA babit menteri

POLIS menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) berkaitan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

21 JULAI

Kereta Siti Kasim dipasang bom IED

SATU objek diletakkan pada tayar belakang kereta milik aktivis, Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim dikenal pasti sebagai bom jenis Improvised Explosive Device (IED).

31 OGOS

Wanita diperkosa lima rakan abang ipar

SEORANG wanita berdepan detik hitam selepas dirogol di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur oleh lima lelaki yang dipercayai rakan abang iparnya.

17 NOVEMBER

Polis siasat video perbualan lucah

POLIS memulakan siasatan berhubung penularan satu rakaman video perbualan lucah yang didakwa mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam media sosial.

21 NOVEMBER

Pegawai kanan maritim disiasat

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terhadap seorang wanita.

23 NOVEMBER

SPRM beku akaun syarikat kutipan derma Palestin

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank syarikat sebuah pertubuhan amal yang menjalankan kutipan derma untuk Palestin bagi membantu siasatan penyalahgunaan wang sumbangan orang ramai.

[BACA ARTIKEL PENUH]:SPRM beku akaun Aman Palestin

24 NOVEMBER -

Ancaman bom palsu di sekolah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Antarabangsa (Interpol) menyiasat kes ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di negara ini.

1 DISEMBER

Ustaz buat hantaran ugut PM

POLIS menahan seorang ustaz berusia 43 tahun dipercayai mengeluarkan hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

16 DISEMBER

Pensyarah maut dibunuh suami

SEORANG pensyarah kolej mati dibunuh suaminya menggunakan dumbel akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam.