Throwback 2023: Kes tumpuan di kamar mahkamah

LocalPolitics
28 Dec 2023 • 1:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara kes-kes yang menjadi tumpuan di kamar mahkamah sepanjang tahun 2023.

image is not available
Najib (kiri) dan Arul Kanda.

image is not available
Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.

image is not available
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

image is not available
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad masing-masing tiga tuduhan rasuah mencecah RM2.8 juta.

image is not available
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membenarkan petisyen Barisan Nasional (BN) yang difailkan terhadap Che Alias, sekali gus membatalkan kemenangan yang dicapai Pas dalam PRU15 di Parlimen Kemaman.

BERIKUT antara kes-kes yang menjadi tumpuan di kamar mahkamah sepanjang tahun 2023.

3 MAC

Najib, Arul Kanda bebas kes ubah laporan

**media[2477031]**

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad, Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan mengubah laporan akhir audit 1MDB bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

11 APRIL

Basikal lajak: Kerani wanita dibebaskan

**media[2477029]**

Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.

14 JUN

Syamsul Yusof ceraikan Puteri Sarah

**media[2477027]**

Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

17 JULAI

Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah daripada satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.

18 JULAI

MB Kedah didakwa kes menghasut

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan MB Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah.

15 OGOS

Muhyiddin dibebaskan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

4 SEPTEMBER

Zahid lepas tanpa bebas 47 kes jenayah

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

7 SEPTEMBER

Bung Moktar, Zizie Izette bebas kes rasuah RM2.8 juta

**media[2477030]**

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad masing-masing tiga tuduhan rasuah mencecah RM2.8 juta.

26 SEPTEMBER

Kemenangan Pas terbatal

**media[2477026]**

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membenarkan petisyen Barisan Nasional (BN) yang difailkan terhadap Che Alias, sekali gus membatalkan kemenangan yang dicapai Pas dalam PRU15 di Parlimen Kemaman.

2 NOVEMBER

Ramasamy kena bayar RM1.52 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik dalam masa 30 hari.

16 NOVEMBER

Pembunuh Along Spoon selesai jalani hukuman

Bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Allahyarham Along selesai menjalani hukuman dan dibebaskan dari Penjara Kajang.

17 November

Sharnaaz Ahmad bebas kes cederakan pengawal keselamatan

Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesyukuran selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lalu.

29 NOVEMBER

Yasin bebas kes dadah, diperintah ke Hospital Bahagia

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas tiga kes dadah, namun diperintah ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani rawatan mentalnya.

7 DISEMBER

Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun

Bekas pekerja teknologi maklumat (IT), Yew Wei Liang yang melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuh Raya Utara Selatan empat tahun lalu, dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.