THT, Blue Warriors bermula cemerlang

LocalFootball
4 Jan 2025 • 11:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain-pemain THT meraikan kejuaraan selepas mengatasi TNB pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil.

image is not available
Hoki Terengganu (THT) membuka kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 dengan menjinakkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 dalam aksi pembuka tirai Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil pada Sabtu.

image is not available
Pemain-pemain Blue Warriors meraih kejayaan selepas menjinakkan Malaysian University pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil.

PASUKAN Hoki Terengganu (THT) membuka kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 dengan menjinakkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 dalam aksi pembuka tirai Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil pada Sabtu.

Gol angkatan Mohd Harfizi Baharom dijelmakan tonggak berpengalaman Faizal Saari diikuti Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Jaringan TNB bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin pula dihasilkan pemain import Korea Selatan, Jang Jong-hyun.

Kategori wanita pula Blue Warriors menang tipis 1-0 ke atas Malaysian University hasil sentuhan Hanis Nadiah Onn di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2.

Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025

KEPUTUSAN

LELAKI

THT 2- 1 TNB

Maybank 3- 1 ATM

WANITA

Blue Warriors 1-0 Malaysian University

Negeri Sembilan 2-2 QNET Phoenix

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved