THT ubat kecewa, juarai MHL 2025

LocalFootball
16 Feb 2025 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan Terengganu Hockey Team meraikan jaringan ketika menentang pasukan Territory Stingers pada perlawanan akhir TNB Liga Hoki Malaysia 2025 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, pada Ahad. Foto Bernama

image is not available
Pemain Terengganu Hockey Team, Mohamad Akhimullah Anuar Esook (tiga dari kiri) melarikan bola pemain Territory Stingers pada perlawanan akhir TNB Liga Hoki Malaysia 2025 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, pada Ahad. Foto Bernama

image is not available
Pemain Territory Stingers Calvin Adrian Farmilo bersaing dengan pemain Terengganu Hockey Team pada perlawanan akhir TNB Liga Hoki Malaysia 2025 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, pada Ahad. Foto Bernama

TERENGGANU Hockey Team (THT) mengubati kekecewaan musim lalu apabila merampas takhta kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 dengan membelasah wakil Australia, Territory Stingers 4-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil di sini malam ini.

Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

Terdahulu, THT hanya perlu meraih keputusan positif sebelum disahkan sebagai juara, menyaksikan penyerang prolifik Faizal Saari muncul wira apabila menyumbat kesemua empat gol (minit ke-14, 24, 32, 33), sekali gus menghadiahkan kemenangan bersih sembilan perlawanan sepanjang musim ini.

**media[3010739]**

*"Alhamdulillah untuk perlawanan hari ini kerana pemain-pemain kita memang sudah bersedia dari segi mentaliti. Ini adalah perlawanan yang menjadi peluang untuk kita mengubati kekecewaan musim lalu.

"Pemain-pemain menggunakan peluang dengan baik dan mereka bermain bermati-matian hari ini bagi mendapatkan kejuaraan liga," kata ketua jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

**media[3010737]**

Mohd Harfizi dalam masa yang sama optimis kejayaan yang dilakar anak buahnya akan menjadi tonik terbaik buat THT, yang kini mengalihkan tumpuan bagi merebut Piala TNB minggu hadapan.

Untuk rekod, THT turut merampas Piala Sumbangsih 2025 daripada seteru terdekat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meraih gelaran treble musim lalu (Piala Sumbangsih, Piala TNB, dan kejuaraan liga). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved