
Kota Kinabalu: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyangkal dakwaan Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah bahawa pembangkang menjadi dalang di sebalik penyebaran video kontroversi “Adun Rasuah” yang membabitkan beberapa pemimpin dengan dakwaan skandal perlombongan.
“Masiung nampaknya cuba mengalihkan perhatian umum dengan menuding jari kepada pembangkang,” kata Bung Moktar dalam satu kenyataan, Ahad.
AdvertisementBung berkata, pembangkang sudah menafikan sebarang pembabitan dalam penghasilan atau penyebaran video itu.
Beliau berkata semua video tular, termasuk yang memaparkan Masiung, jelas menunjukkan rundingan hanya melibatkan wakil rakyat GRS.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Tiada ahli pembangkang hadir atau terlibat. Rundingan dan perbincangan ini adalah hal dalaman GRS, yang akhirnya menemui jalan buntu,” kata Bung.
Beliau berkata rakaman itu jelas merakam perbualan wakil rakyat GRS yang didakwa terlibat secara langsung dalam menerima wang.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini adalah bukti jelas salah laku yang melanggar undang-undang, tanpa kaitan dengan pembangkang,” katanya.
Beliau mempersoalkan kenapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap media atau parti sekiranya dakwaan itu palsu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Rakyat Sabah amat maklum dengan apa yang berlaku. Kegagalan GRS terbukti dengan isu bekalan air bersih berterusan yang melanda rakyat Sabah,” katanya.
