Tiada apa nak disorok! UMNO sedia dedah butiran kutipan RM50 juta untuk Najib -Zahid

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 5:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu bersedia membuka semua maklumat terperinci berhubung kutipan sumbangan RM50 juta yang digunakan bagi membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kutipan dibuat ikut garis panduan

Memetik laporan daripada Astro Awani, beliau menyatakan, kutipan menerusi kaedah pendanaan awam (crowdfunding) itu melibatkan sumbangan pelbagai pihak termasuk ahli dan bukan ahli UMNO serta kepimpinan parti di semua peringkat.

Zahid menyatakan kutipan berkenaan dilakukan mengikut garis panduan ditetapkan dan wang tersebut disalurkan selepas dimasukkan ke dalam akaun yang diamanahkan kepada Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

“Jadi usaha itu telah dibuat bagi menentukan garis panduan diikuti sepenuhnya oleh struktur hierarki yang ada.
“Dan kita sedia untuk membuka semua maklumat terperinci hasil kutipan itu kepada pihak berwajib kerana kita telah mendapat garis panduan daripada pihak berwajib dan kita ikuti sepenuhnya garis panduan berkenaan dan wang itu disalurkan setelah ianya dimasukkan di dalam akaun yang diamanahkan ke Ibu Pejabat UMNO Malaysia,” katanya.

Image from: Tiada apa nak disorok! UMNO sedia dedah butiran kutipan RM50 juta untuk Najib -Zahid

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Perhimpunan Kakitangan Kemas Bersama Kepimpinan Tertinggi, pada Selasa.

Tabung ditutup selepas kutipan capai sasaran

Dalam pada itu, Zahid juga memaklumkan tabung sumbangan yang dibuka oleh Ibu Pejabat UMNO sudah ditutup selepas jumlah kutipan mencapai RM50 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai pelaksanaan tahanan rumah Najib.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan tidak mahu sebarang tindakan melengahkan pelaksanaan pengampunan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Segala undang-undang di negara ini, induknya adalah Perlembagaan Malaysia.
“Dan jika sesuatu itu telah termaktub di bawah Perlembagaan itu, ianya hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan jangan pernah mencabar kuasa mutlak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Image from: Tiada apa nak disorok! UMNO sedia dedah butiran kutipan RM50 juta untuk Najib -Zahid

Terdahulu, UMNO mengesahkan pembayaran denda RM50 juta bagi Najib telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai syarat untuk beliau menjalani tahanan di rumah.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved