Tiada Arahan Sekat Media, Portal Berita – Fahmi

29 Jun 2023 • 10:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengambil maklum laporan sebuah portal berita yang mendakwa laman sesawang mereka tidak dapat diakses sepenuhnya oleh pelayar internet - Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang arahan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menyekat mana-mana portal berita di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengambil maklum laporan sebuah portal berita yang mendakwa laman sesawang mereka tidak dapat diakses sepenuhnya oleh pelayar internet.

“Tiada sebarang arahan untuk menyekat mana-mana media atau portal berita,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Terdahulu, portal MalaysiaNow mendakwa laman sesawang mereka tidak dapat diakses sebahagian besar pengguna internet sejak petang semalam.

Dakwa portal itu, siasatan pakar teknikal mereka mendapati tiada apa-apa aktiviti luar biasa terhadap server portal berkenaan.

Malah, dakwanya lagi, tiada sebarang serangan ke atas portal itu turut dikesan.

Berdasarkan pemantauan Getaran, portal tersebut masih tidak dapat lagi diakses setakat pagi ini.

Paparan di skrin laman sesawang itu turut tertera perkataan ‘The connection has timed out. An error occurred during a connection to www.malaysianow.com’. – Getaran, 29 Jun 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved