“Tiada Artis Lain Ke?”- Netizen Kecam Mawi Jadi ‘Spokeperson’ Kempen GEG Kerana Status Duta Produk Kontroversi

2 Aug 2022 • 7:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perancangan perlaksanaan akta baharu bagi Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok untuk dasar ‘Generational End Game’ (GEG) kini giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Bukan sahaja dari bahagian Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri, malah beberapa selebriti turut tampil menyokong perlaksanaan GEG dalam usaha untuk menamatkan generasi merokok dalam kalangan rakyat.

Antaranya, penyanyi Mawi yang turut tampil ke hadapan dalam kempen menyampaikan pesanan tentang kemudaratan menghisap rokok kepada manusia.

Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang mengkritik pemilihan Mawi sebagai salah satu muka kempen kerana artis yang juga pengarah filem itu pernah dikecam mempromosikan produk minuman yang didakwa ‘overclaim’.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ni Mawi yang promosi jus ****** tu ke? Tak kan la KKM tak pilih orang dulu? – netizen

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan bayaran yang diberi kepada selebriti bagi kempen GEG ini yang dilihat seperti tergesa-gesa dalam perlaksanaannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

“Apa Agenda Sebenarnya?” - Caprice Tak Setuju Akta GEG Dilaksanakan Serta Merta, Gesa Kerajaan Haramkan Arak Juga