
Tak dengar hon, orang Kuching dipuji bawa kenderaan sopan santun
Tiada Bunyi Hon, Pengunjung Puji Sikap Sopan Pemandu Kenderaan Di Kuching. Satu hantaran telah tular di media sosial mengenai seorang wanita dari Semenanjung memuji pemandu-pemandu di Kuching, Sarawak atas tingkah laku mereka yang sopan.
Melalui perkongsian di TikTok, individu tersebut menyatakan bahawa dia mengalami kejutan budaya ketika melawat Kuching kerana tidak mendengar bunyi hon kereta di sana.

Perkara yang wanita ini suka semasa berada di Kuching, Sarawak
“Yang menyeronokkan di Kuching berbeza dengan tempat lain, di Kuching saya tidak mendengar bunyi hon kenderaan,” katanya di laman TikTok miliknya.
“Apabila kita menukar lorong dan memberi isyarat, kita tidak dihon, mereka akan memberi laluan dengan sopan, mereka tidak marah jika kita menukar lorong tanpa teriak-teriak,” tambahnya dengan pujian.
Selain itu, individu tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kuching dan menyatakan dia akan melawat Kuching lagi pada masa akan datang.
Org Kuching tak perlukan hon. Hahahaha. Tq Kuching! Will return inshaAllah. #kuchingsarawak #ilovesarawak #kuching
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet menyatakan bahawa hon di Kuching hanya untuk menegur orang yang dikenali seperti kawan-kawan atau keluarga.

![Padah Buat ‘Drift’ Hingga Rempuh Kereta Lain, Pemandu Toyota Supra Ditahan Polis [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)