“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

21 May 2024 • 4:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui setiap kemudahan yang dibangunkan di negara ini adalah untuk kegunaan semua masyarakat.

Namun sebagai insan yang sihat dan berkemampuan kita hendaklah mengutamakan golongan tertentu seperti warga emas, kanak-kanak, ibu mengandung serta Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Malah perkara ini juga turut dimaklumkan di beberapa kawasan awam seperti lif, tempat duduk dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli berhubung nasihat tersebut.

Wanita OKU kecewa ramai tak peka

Baru-baru ini, seorang wanita OKU telah meluahkan rasa kecewanya selepas melihat ramai orang awam yang tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @biehassan kelihatan ketika insiden berlaku dia sedang mempunyai urusan dipercayai di sebuah kaunter pusat perkhidmatan.

Di hadapan kaunter tersebut kelihatan banyak tempat duduk yang sudah dipenuhi oleh orang ramai.

Tempat duduk dipenuhi, tiada yang tawarkan tempat duduk untuk OKU

Apa yang mengecewakan tiada seorang pun yang menawarkan tempat duduk kepadanya walhal Bie ketika itu datang ke tempat awam itu dengan menggunakan tongkat.

Malah rata-rata yang duduk di kerusi itu adalah anak muda bukannya warga emas atau orang yang memerlukan.

Wanita OKU terpaksa berdiri

Perkara itu membuatkan Bie terpaksa berdiri selama 10 minit sambil menunggu gilirannya untuk berurusan di kaunter berkenaan.

@biehassan

Malas nk cari gaduh. Maybe dia ingt i pakai tongkat saje2 … ermmm

♬ Very Sad – Enchan

Melihat di ruangan komen, ada yang bersimpati dengan nasibnya apabila ramai orang awam hanya membiarkan dia berdiri ketika menunggu giliran.

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa sama seperti Bie apabila isterinya yang sedang sarat mengandung juga diperlakukan sebegitu rupa ketika di tempat awam.

Namun terdapat segelintir yang mengkritik Bie dengan menyatakan sekiranya dia ingin duduk perkara yang perlu dilakukan adalah bertanya kepada mereka yang duduk di kerusi berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa terdapat kerusi kosong di situ, namun Bie menafikannya dimana dia terpaksa berdiri lama.

Bukan tagih simpati tetapi mahu orang ramai peka

Jelas Bie lagi, dia bukan meminta simpati sebaliknya ia adalah tentang kepekaan dan ‘common sense’ orang ramai terhadap golongan memerlukan. Malah dia juga akan memberikan kerusi atau kemudahan yang dimilikinya untuk digunakan oleh OKU yang lebih teruk darinya.

“Biasalah kak orang ramai dia orang pun datang awal”

image is not available

“Saya dulu baru satu hari operate pergi klinik check baby tak ada siapa pun bagi tempat duduk, sampai nak pitam terlampuan berdiri dukung bayi lagi”

image is not available

“Kadang yang sihat pun tak sihat. Macam saya tak boleh berdiri lama sebab sakit sendi. Saya tak kira orang nak cakap saya sihat sejahtera saya mencari untuk duduk”

image is not available

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved