Tiada curang, mungkin isteri sensitif sejak sakit 19 tahun lalu – Edika Yusof

LocalFamily & Parenting
22 Apr 2025 • 9:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mungkin isteri sensitif sejak sakit, itu antara perkara yang diakui pelakon berpengalaman, Edika Yusof apabila ditanya mengenai punca keretakan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri.

Menurut Edika, isterinya Nor Hidayah Yusri mungkin menyimpan perkara kecil yang berlaku selama ini, dan sebagai suami, dia juga tidak menafikan ada kekurangan dari pihaknya.

“Saya pun ada silap, tak tahu ada percakapan yang tak dimaksudkan. Kalau bercakap lain, dianggap lain, jadi mungkin dia sensitif. Itu yang saya nampak. Isu ini juga agak sensitif untuk diperkatakan,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di Majlis Muhibah Hari Raya Aidilfitri anjuran FINAS baru-baru ini.

image is not available

Mungkin isteri sensitif – Edika Yusof

Dalam pada itu, aktor berusia 58 tahun itu menafikan dakwaan berlaku kecurangan atau keganasan rumah tangga kerana tiada masalah besar berlaku sepanjang 22 tahun perkahwinan mereka.

“Tiada curang, tanggungjawab semua okay. Tiada masalah besar. Saya pun tak tahu nak cakap ia berpunca dari keganasan atau apa, mungkin kadang-kadang saya marah atau dia marah, kita terlepas pandang,” jelasnya lagi.

Edika turut berkongsi bahawa penyakit isterinya yang melibatkan jangkitan kuman ke otak turut memberi kesan terhadap keadaan mental.

“Sakit dihidapi adalah penyakit meningitis iaitu jangkitan kuman ke otak, jadi memang ada isu berkaitan mental. Saya berharap isteri boleh hadir sesi kaunseling atau rujuk mahkamah untuk mendapatkan nasihat,”tambahnya.

image is not available

Maklum Edika, dia sendiri telah mendapatkan khidmat kaunselor sejak 2022 bagi mengurus tekanan sebagai penjaga utama.

“Saya pun ada jumpa kaunselor sebab kadang-kadang saya sebagai ‘caretaker’ pun ada masalah. Jadi, saya ada cakap dengan isteri untuk mendapatkan rawatan dan nasihat pakar,”kongsinya.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai tindakan isterinya yang memfailkan penceraian, Edika berkata dia hadir ke sesi kaunseling bersama hakam dan tetap berharap perkahwinan mereka dapat diselamatkan.

Namun, sekiranya tiada lagi ruang untuk berdamai, Edika tetap mahu kekal berkawan demi kesejahteraan keluarga.

“Kalau boleh saya mahu selamatkan dan baiki, tapi kalau dia sudah letak ‘fullstop’, saya terpaksa ikut. Saya mahu isteri gembira. Jodoh dan maut di tangan Allah.

“Kalau boleh biarlah kami berkawan, bagus untuk kami dan anak-anak. Tiada sebab nak bermusuh,”ujarnya.

image is not availableimage is not available

Sebutan kes perceraian pasangan ini dijadualkan berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Edika menjelaskan dia akan hadir tanpa peguam dan bersedia membela diri.

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin)