Tiada cuti peristiwa di Terengganu esok - MB

9 Dec 2023 • 7:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular di laman sosial sebuah poster yang mendakwa kononnya kerajaan negeri mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa selepas Terengganu FC berjaya melangkah ke final Piala Malaysia menentang JDT semalam. - Foto Facebook Dr Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan cuti peristiwa di negeri itu esok seperti tular di media sosial.

Beliau berkata, poster mengenai dakwaan cuti peristiwa yang tular tersebut adalah palsu dan ia merupakan poster lama yang telah disunting.

"Berlegar-legar poster lama yang diedit (disunting) tentang cuti peristiwa pada esok, Ahad 10 Disember 2023.

"Untuk makluman, tiada cuti peristiwa diumumkan oleh kerajaan negeri,” katanya dalam laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu.

Hari ini tular di laman sosial sebuah poster yang mendakwa kononnya kerajaan negeri mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa selepas Terengganu FC berjaya melangkah ke final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved