Tiada Darah Malaysia, Mikel Jauregizar Nafi Sertai Pasukan Bolasepak Negara

LocalFootball
23 Jun 2025 • 5:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bintang muda Sepanyol, Mikel Jauregiza, menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyertai pasukan kebangsaan Malaysia sebagai pemain warisan.

‘Mustahil saya main untuk Malaysia’ – Mikel

Menurut laporan Berita Harian, pemain tengah Athletic Bilbao berusia 21 tahun itu menegaskan bahawa segala spekulasi yang tular di media sosial hanyalah rekaan semata-mata dan tidak berasas.

Dalam satu temu bual bersama akhbar sukan terkemuka Sepanyol, Marca, Mikel menolak sepenuhnya khabar angin berkenaan.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Orang sanggup buat apa saja. Mustahil untuk saya bermain dengan Malaysia, itu satu penipuan. Kawan saya sendiri hantar video seorang wartawan dari sana yang mereka cerita kononnya saya ada darah Malaysia,” katanya.

Jelas Mikel lagi, beliau langsung tidak mempunyai sebarang kaitan keturunan dengan Malaysia, sekali gus menafikan kemungkinan untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya di masa akan datang.

Terdahulu, nama pemain muda bernilai pasaran hampir RM148 juta itu disebut-sebut sebagai calon pemain warisan baharu yang berpotensi memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Spekulasi tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

image is not available

Foto: Carian Google

Ini bukan kali pertama pemain luar negara dikaitkan dengan status pemain warisan Malaysia.

Sebelum ini, beberapa nama lain turut menjadi perhatian, namun akhirnya tidak membuahkan hasil.

Sumber: Berita Harian Online (Zulfaizan Mansor)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved