Tiada dokumen sah, nasab anak2 GISBH akan ditentukan oleh mahkamah syariah negeri

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 7:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nasab kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) akan ditentukan oleh mahkamah syariah negeri disebabkan tiada dokumen sah lahir daripada pernikahan yang mengikut hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata ini kerana penentuan nasab terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Tegasnya, penentuan sah taraf anak yang dikaitkan GISBH itu adalah penting demi masa depan mereka.

“Maka hakim mahkamah syariah yang akan melihat pada keterangan sama ada keterangan lisan atau dokumen, …dari situ ia akan menentukan sama ada wujudnya perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak.

“Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa anak itu adalah anak yang sah taraf baharulah boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya, hari ini.

image is not available

Tiada dokumen sah

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memainkan peranan dalam jawatankuasa khas bagi menyelaras mengenai perkara itu.

Jelasnya, JPN tidak boleh mendaftarkan kanak-kanak mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kelahiran sah sehingga mereka di’bin’ Abdullah berikutan tiada dokumen menunjukkan wujudnya perkahwinan.

“Isunya sekarang anak-anak itu seolah-olah tidak sah taraf dan tiada dokumen yang menunjukkan mereka lahir hasil perkahwinan yang sah,” katanya lagi.

image is not available

Tambahnya, mahkamah akan memutuskan status perkahwinan ibu bapa kepada kanak-kanak yang itu dan sijil pernikahan boleh dikeluarkan jabatan agama Islam negeri.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan seramai 392 kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH dari 20 rumah amal dalam Op Global, baru-baru ini telah diselamatkan.

image is not available

Siasatan juga mendapati, sebahagian kanak-kanak berkenaan di ‘bin’ dengan Abdullah yang mana ibu bapa tidak mengetahui status kanak-kanak berkenaan.

Dalam perkembangan lain, jwatankuasa khas akan memanggil bekas pengikut GISBH dalam tempoh terdekat bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci berhubung doktrin fahaman kumpulan terbabit.

Jawatankuasa khas yang dibentuk itu akan menyelesaikan dan memuktamadkan kajian berkaitan GISBH.

Sumber: BH Online (Suzalina Halid)