Tiada ejen, orang tengah uruskan permohonan permit masuk - JIM

Politics
3 Sep 2023 • 1:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara tawaran palsu khidmat ejen bagi urusan permohonan permit masuk yang dikesan JIM. - Foto Facebook JIM

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengingatkan orang ramai bahawa tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan permohonan permit masuk.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, mana-mana individu jangan mudah percaya sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.

Menurutnya, maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JIM.

"JIM tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk urusan sebegini.

"Orang ramai diminta berhubung atau merujuk terus ke jabatan untuk sebarang urusan dan tidak menggunakan khidmat pihak ketiga dan sebagainya," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menyemak untuk sebarang pertanyaan berkaitan urusan imigresen dengan menghubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO), https://eapp.imi.gov.my atau layari portal rasmi JIM https://www.imi.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Sebelum itu, JIM mengesan beberapa tawaran di media sosial menawarkan khidmat untuk urusan permohonan permit masuk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved