“Tiada Emak, Cikgu Akan Marah Tanpa Sebab” – Mas Idayu Tegur Sebab Sayang Bakat Sissy Iman & Naim Daniel

Music
24 Jan 2023 • 3:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh di serata platform video memaparkan juri program Famili Duo iaitu Mas Idayu memberi komen dalam nada menengking terhadap peserta duo, Sissy Iman dan Naim Daniel.

Hal terbabit sememangnya mendatangkan rasa marah daripada pelbagai pihak yang merasakan Mas Idayu sudah melampui batas biarpun hanya mahu mendidik kedua-dua peserta terbabit.

Sedar diri di kecam ramai, penyanyi veteran itu memberitahu dirinya memberi teguran dengan cara tersebut bukanlah kerana tidak suka mahupun benci.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Sebaliknya, juri berkenaan berkata dia memberi komen adalah kerana amanah yang telah diberikan oleh pihak produksi. selain mahu melihat dua penyanyi duo itu berjaya dalam bidang nyanyian.

Dalam pada itu, Mas Idayu juga dapat merasakan sebelum bermulanya program Famili Duo, Naim Daniel serta Sissy Iman merupakan peserta berpotensi dalam program berkenaan.

Tiada emak, cikgu atau sesiapa yang akan marah tanpa sebab. Saya tegur kerana saya sayang bakat mereka.

Bahkan, juri program Famili Duo itu juga tidak kisah jika netizen serta rakan selebriti yang lain mahu mengecamnya kerana sedar dia hanya menjadi dirinya sahaja.

image is not available 1 hari lalu

"Memang Wajib Jatuhkan Maruah Orang Di TV Ke, Awak Sempurna Sangat?" - AC Mizal Perli Siapa?