Tiada gempa bumi dikesan di Sabah, Sarawak: MetMalaysia

15 Feb 2023 • 4:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kejadian gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada Isnin lepas dan semalam.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam sehari yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi, seperti yang didakwa dalam sebuah video yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih.

Maklumat gempa bumi boleh dirujuk di semua laman media sosial MetMalaysia serta laman web rasmi di pautan www.mygempa.met.gov.my

Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok mendakwa potensi berlakunya gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Feb.

MetMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan sehingga kini tiada peralatan dan kaedah saintifik yang terbukti secara sahih dapat meramalkan kejadian gempa bumi sama ada bermagnitud kecil atau besar. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved