“Tiada Guna Berdrama, Buka Aib Selepas Cerai” – Hisyam Hamid Pilih Hidup Tenang Tanpa Gosip Panas

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktor Hisyam Hamid tidak terkecuali daripada menjadi bualan hangat di media sosial dan berada di dalam senarai dibuat oleh netizen, ‘duda untuk dihalalkan’.

Menurut Hisyam, dia tidak terlalu ambil tahu tentang semua itu sebaliknya lebih pentingkan soal kerjaya dan fokus agar dirinya bebas gosip panas.

Disebabkan itu, Hisyam berkata dia tidak sembarangan memuat naik gambar bersama mana-mana wanita kecuali atas dasar komitmen.

Melainkan wanita itu merupakan gandingan saya dalam filem atau drama. Jika sekadar ingin ambil gambar bersama kerana jumpa pada acara hiburan perkara itu jarang berlaku.

image is not available

Sekarang saya lebih berhati-hati kerana besar kemungkinan setiap yang dikongsikan akan menjadi bahan cerita.

Tambah Hisyam dia bukanlah seorang ‘attention seeker’ dan lebih memilih hidup dan kerjaya yang tenang tanpa gosip.

Gosip itu tidak teruk atau salah dan tiada kena mengena dengan status sekarang (duda). Tetapi saya rasa benda sebegitu tidak perlu. Lebih tiada berita berbanding kisah yang boleh mengundang kecaman.

image is not available

Sama juga dengan kisah perceraian sebelum ini. Tiada guna untuk menceritakan hal itu kepada umum, apatah lagi hendak buat ‘drama’ atau membuka aib sesiapa.

 

Itu bukan cara saya dan kalau boleh saya hendak hidup setenang yang mungkin.

image is not available 5 months ago

"Saya Mungkin Berasa Kehilangan Sekarang, Bergelut Dengan..." - Bekas Isteri Hisyam Hamid Luah Perasaan