Tiada guru pengiring memang salah, saya bukan saja-saja cakap – Rita Rudaini

LocalEntertainment
15 Aug 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada guru pengiring memang salah, saya bukan saja-saja cakap – Rita Rudaini

PETALING JAYA: Pelakon, Rita Rudaini, meluahkan kekecewaan terhadap pengurusan sebuah maktab yang didakwa mengabaikan aspek keselamatan pelajar apabila tidak menyediakan guru pengiring ketika menghantar mereka ke klinik.

Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata, tindakan membiarkan pelajar tanpa pengawasan guru dilihat sebagai satu sikap yang tidak bertanggungjawab yang membahayakan keselamatan anak-anak.

Menurutnya, para pelajar sepatutnya masih berada di bawah tanggungan penuh pihak maktab sepanjang tempoh persekolahan.

“Bila hantar ke klinik, tolong ada guru pengiring ya. Ada van hantar budak sahaja dan tinggalkan mereka.

“Pelajar masih berada di bawah tanggungan pihak maktab selagi mereka berada di sekolah. Tapi, apabila dikesan berlaku masalah, pihak pelajar pula yang dipersalahkan atas tuduhan ‘fly’ (melarikan diri).

“Kenapa tidak salahkan pihak satu lagi yang tidak jalankan tanggungjawab yang diberikan?,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Ujar Rita, dia tampil menyuarakan isu berkenaan demi keselamatan keseluruhan pelajar dan bukannya rekaan semata-mata.

“Ketiadaan guru pengiring merupakan satu kesalahan dan hal ini bukannya rekaan saya semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Rita mengakui sedar akan risiko menjadi sasaran atau ‘target’ pihak tertentu apabila tampil lantang menegur kepincangan pengurusan berkenaan.

“Sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam perkara ini diminta untuk tampil ke depan demi keselamatan anak-anak kita. Bila tegur nanti, kena pula target. Susah macam ini. Semoga Allah lindung anak-anak ini,” katanya.

Sekadar rekod, Rita pernah mendedahkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.-UTUSAN

The post Tiada guru pengiring memang salah, saya bukan saja-saja cakap – Rita Rudaini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved