“Tiada Hala Tuju” – Pensyarah Universiti Respon Isu Fasilitator Buat Prank Ketika Minggu Orientasi

LocalOpinion
3 Oct 2024 • 3:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial video mengenai suasana minggu orientasi di sebuah universiti awam yang terletak di selatan tanah air.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan sekumpulan fasilitator bertengkar sesama mereka sendiri sebelum kejadian berkenaan berakhir dengan sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka di hadapan pelajar baharu.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka mengecam tindakan fasilitator berkenaan.

Malah, ramai yang berpendapat mereka tidak seharusnya bertindak sedemikian apatah lagi di hadapan pelajar baharu yang sepatutnya didedahkan dengan perkara yang lebih bermanfaat.

Pensyarah Universiti Berpendapat Minggu Orientasi Tiada Hala Tuju

Isu berkenaan turut menjadi perhatian seorang pensyarah sebuah universiti awam.

Pensyarah yang dikenali sebagai Mu’iz Razak berpendapat Minggu Destini Siswa (MDS) tidak perlu diadakan sewaktu kemasukan pelajar baharu di universiti.

Menerusi satu ciapan yang dibuat olehnya menerusi platform X, dia berpandangan minggu orientasi yang dijalankan selama seminggu dilihat seolah-olah tiada tujuan.

“Sebagai pensyarah, aku tetap rasa MDS ini tak perlu. ‘Orientation’ week (Minggu orientasi) tiada hala tuju. Buang duit, buang masa, buang tenaga. ‘Fasi’ pun naik kepala,” ciapnya.

Boleh Beri Impak Negatif Kepada Pelajar

Tambah Muiz, pendapatnya itu dipersetujui oleh sesetengah pihak atasan serta rakan sekerja.

Malah, dari sudut pandangan berbeza, minggu orientasi sedemikian secara tidak langsung memberi impak negatif kepada pelajar.

Terangnya lagi, minggu orientasi lazimnya dirancang dan diuruskan sendiri oleh wakil pelajar selepas mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti.

Pengguna Media Sosial Sokong, Ramai Setuju & Beri Pendapat

Ciapan tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan pendapat Mu’iz mengenai tindakan fasilitator yang membuat prank sempena hari jadi rakan mereka.

Tidak kurang juga ada yang berpandangan minggu sebegitu seharusnya diisi dengan program yang lebih bermanfaat khusus buat pelajar baharu.

Berikut antara komen pengguna X:

“MDS Perlu Tetapi Sila Belajar Cara Universiti Lain Handle MDS”

image is not available

“Betul, Tak Perlu Merapu Sampai Berhari-Hari. Orang Datang Nak Belajar, Bukan Nak Tengok Diorang Sambut Birthday”

image is not available

“Bagi Saya Boleh Je Nak Buat Cuma Isikan Dengan Slot Penting Seperti Maklumat Universiti, Hal-Hal Kenegaraan”

image is not available

“Nasib Baik Mereka (Fasilitator) Tak Handle Pelajar Master, Mahu Koyak Diorang Kitaorang Kerjakan”

image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Source: