
Pertemuan antara pendakwah selebriti, Ustaz Don Danyal bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimaklumkan sudahpun berlaku pada hari Isnin lalu.
Hasil pertemuan itu, pengurus kepada Ustaz Don yang dikenali sebagai Ana memaklumkan ia berlangsung dengan baik dan bersyukur kerana tidak dihalang untuk teruskan dakwah.
Untuk muncul kembali dalam program Salam Baitullah tunggu RTM…
Perjumpaan Ustaz Don dengan Jakim berlangsung sangat baik. Malah, tiada halangan untuk Ustaz Don teruskan berdakwah walaupun di dalam program TV.
Bagaimanapun, untuk kemunculan Ustaz Don dalam program Salam Baitullah, kami sedang menanti keputusan pihak tertinggi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk kemasukan semula itu (selepas direhatkan).
Setakat ini kita masih menantikan penjelasan penuh daripada pihak JAKIM berhubung isu ini selepas membuat perjumpaan bersama Ustaz Don yang turut disertai wakil dariapda Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.
Kredit: Harian Metro



