Tiada hubungan, Amir Ahnaf nafi rampas Anna Jobling daripada Meerqeen

Entertainment
17 Nov 2023 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Amir Ahnaf nafi rampas aktres, Anna Jobling daripada rakan artis Meerqeen selepas didakwa kononnya mempunyai hubungan istimewa.

Menurut laporan Kosmo!, pelakon berusia 23 tahun itu juga menepis dakwaan menjalin hubungan cinta dengan Anna sebaliknya selesa bekerja bersama wanita tersebut.

Amir Ahnaf nafi rampas Anna Jobling

“Saya sangat suka kerja dengan Anna, dia pelakon yang bagus dan dapat merasakan keserasian ketika pertama kali bertemu.

“Namun, ada pula yang cakap saya nak rampas Anna daripada Meerqeen.

“Apa yang saya nak tegaskan, tiada istilah rampas sesiapa, saya cuma bekerja untuk watak sebagai Farid dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah Sahaja,” katanya.

Amir menegaskan, dia dan Anna hanya rakan seindustri selain Meerqeen juga ada memberikan pesanan supaya melakukan yang terbaik bagi drama tersebut.

“Meerqeen juga turut memberi sokongan dan pesan kepada saya agar buat sehabis baik untuk drama ini.

“Hubungan kami bertiga (Anna dan Meerqeen) okey sahaja dan yang mengapi-apikan isu (perampas) itu adalah segelintir peminat kami bertiga,” ujarnya.

image is not available

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi drama Projek: High Council itu menjelaskan tindakannya yang menegur seorang individu dalam siaran langsung di akaun TikTok baru-baru ini.

“Individu tersebut ‘menganjing’ mengenai nama arwah bapa Anna yang baru sahaja meninggal dunia pada September lalu.

“Saya tidak suka individu kurang ajar terutama apabila masuk dalam siaran langsung TikTok saya. Individu itu perlu ditegur dan saya rasa itu tanggungjawab saya,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! (Nur Emira Saizali),