Tiada Identiti, Mayat Ditemui Berulat Dalam Kereta Proton Wira

13 Jan 2024 • 12:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk ditemui mereput di dalam sebuah kereta yang diletakkan di premis menjual kereta terpakai pada Jumaat 12 Januari 2024 di Pasir Puteh, Ipoh.

Mayat tanpa identiti

Memetik laporan dari Harian Metro, mayat lelaki berkenaan dipercayai berada di tempat duduk belakang dalam keadaan terbaring di sebuah kereta jenis Proton Wira dan terkunci dari dalam.

image is not available

Polis kesan tiada unsur jenayah

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, pihak polis dimaklumkan berkenaan penemuan terbabit sekitar jam 11.51 pagi dan mengesan tiada sebarang unsur jenayah terjadi.

“Tiada butiran lanjut mengenai si mati diperoleh seperti nama, pengenalan, bangsa, umur, dan pekerjaannya melainkan mayat itu dikenal pasti sebagai lelaki,” katanya.

image is not available

Pemeriksaan badan terhadap mayat juga tidak dapat dijalankan memandangkan tubuhnya sudah bertukar kehitaman dan berulat.

Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pengesahan identiti termasuk mendapatkan cap jari, dengan proses bedah siasat akan dilakukan Isnin.

Pihak polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)