Tiada insiden air keruh di Sungai Batang Kali, henti tugas tidak jejas bekalan

24 Aug 2022 • 11:16 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 OGOS: Siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali mendapati sungai dalam keadaan baik dan tiada insiden air keruh dikesan.

Agensi tersebut dalam kenyataan menjelaskan pensampelan air yang dibuat juga mencatatkan bacaan normal dengan tiada sebarang aliran dilepaskan ke sungai berhampiran.

“LUAS telah menjalankan siasatan di LRA Batang Kali bagi memantau keadaan air sungai di muka sauk tersebut dan mendapati keadaan air sungai berada dalam keadaan normal serta tiada kekeruhan.

“Pensampelan yang turut dilakukan oleh pihak LUAS mencatatkan bacaan baik,” jelasnya di Facebook susulan henti tugas sementara LRA tersebut akibat kekeruhan air mentah tengah malam tadi.

Menurut LUAS, siasatan ke hulu Sungai Tamu mendapati terdapat projek pembukaan tanah oleh sebuah premis dan mengesan aliran keruh keluar daripada kolam tadahan di situ.

Bagaiamanpun, siasatan agensi berkenaan yang diteruskan ke hulu Sungai Batang Kali hingga pertemuan Sungai Kedondong mendapati kedua-duanya dalam keadaan baik dan normal.

“LUAS akan memantau pematuhan aktiviti kerja tanah berkaitan dan tindakan kompaun kepada premis berkaitan jika berlaku ketidakpatuhan yang disyaki menjadi punca henti tugas sementara LRA Batang Kali ekoran insiden kekeruhan sumber air mentah.

“Pemantauan rapi dari semasa diteruskan oleh LUAS bersama pihak-pihak terlibat bagi memastikan sumber air Selangor terpelihara,” kata agensi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved