“Tiada Istilah Siapa Senior, Siapa Junior” – Ahmad Idham Sifatkan Tuduhan Ada Budaya Buli Di Lokasi Penggambaran Satu Tuduhan Kasar

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan kenyataan yang telah diberikan oleh seorang pelakon baharu yang mendakwa wujudnya budaya buli di lokasi penggambaran sebagai satu tuduhan yang kasar.

Ahmad Idham berkata tidak pernah ada timbul aduan berkaitan isu buli di lokasi penggambaran dan mereka menjalani kerja dengan suasana yang harmoni.

image is not available

Pengarah tersebut turut berkata kenyataan yang dibuat oleh pelakon baharu itu boleh menimbulkan salah faham dan boleh menyebabkan kerjaya pelakon akan dipandang serong.

Dalam industri seni, tiada istilah siapa senior dan siapa junior. Bila saya lihat video pengakuan pelakon berkenaan yang kononnya berdepan kes buli antara pelakon junior dan senior, itu adalah satu tuduhan kasar.

 

Ayat buli yang digunakan macam satu jenayah pula. Kenyataannya dikhuatiri akan beri impak negatif kepada pelakon senior seolah-olah budaya buli memang wujud di lokasi.

Memetik dari Berita Harian, pengarah tersebut tampil bersuara sebagai satu peringatan untuk pelakon baharu agar tidak terlalu lantang sehingga boleh menjejaskan karier sendiri.

Terdahulu, pelakon baharu, Alif Muhaimin telah mendedahkan terdapat pelakon senior yang memberi layanan buruk terhadap pendatang baharu di set penggambaran.

image is not available

Alif mendakwa dia melihat pelakon senior buli junior dan ia menjadi politik senior dan junior di set penggambaran.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 23 hours ago

Minta Tagline ‘Berayaq’ Dilupakan, Penjual Donut Susu Mahu Anjur Program Solat Subuh Berjemaah & Saran Golongan Muda Sentiasa Berzikir