Tiada isu pentadbiran tanah kubur diswastakan, yang berlaku 'land swap' - Peguam Syarie

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 12:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada isu pentadbiran tanah kubur diswastakan, yang berlaku 'land swap' - Peguam Syarie
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

SHAH ALAM- Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan bahawa dakwaan pentadbiran tanah kubur orang Islam di Wilayah Persekutuan telah diswastakan kepada syarikat non Muslim adalah tidak benar.

Zainul Rijal berkata, sebaliknya perkara yang berlaku adalah penukaran tanah atau 'land swap' yang mana syarikat memberikan satu tanah untuk dijadikan tempat pengebumian jenazah Islam dengan insfrastuktur disediakan.

"Saya telah meneliti laporan dan membuat pertanyaan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sebenarnya MAIWP tidak terlibat dalam isu ini.

"Pentadbiran tanah kubur itu nanti masih dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Tiada isu pentadbiran tanah kubur diswastakan," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim masing-masing mengeluarkan kenyataan di media sosial masing-masing mengenai isu tanah perkuburan Islam di Semenyih.

Chegubard mendakwa sebuah syarikat mengurus pengebumian bukan Islam mendapat hak bersama JWP untuk perjanjian urus tapak perkuburan Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Gulam mendakwa projek tanah perkuburan berkenaan akan diswastakan kepada syarikat luar yang didakwa mengakibatkan peningkatan kos pengebumian.

Tambah Zainul Rijal, MAIWP kini sedang mencari tanah kubur untuk orang Islam kerana tanah yang ada dijangka hanya mampu untuk menempatkan jenazah Islam sehingga 2032.

"Saya sangat yakin Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya tidak sekali-kali akan menswatakan perkara fardhu kifayah ini," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved