
LAHAD DATU: Keluarga seorang bekas pelajar SMK (A) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan anak perempuan mereka dengan kes Zara Qairina Mahathir.
Muhammad Yasim berkata anaknya yang berusia 16 tahun telah berpindah ke Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) pada awal 2025.
“Anak saya bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha dari 2022 (Tingkatan 1) hingga 2024 (Tingkatan 3) dan berpindah ke KVLD pada awal tahun ini. Kejadian yang membabitkan Zara Qairina berlaku ketika anak saya tidak lagi bersekolah di situ.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Gambar anak saya dikongsi dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok dengan dakwaan dia pembunuh Zara Qairina. Video itu meraih lebih 10,000 tontonan dan penuh dengan komen negatif terhadap anak serta keluarga kami,” katanya.
Bimbangkan keselamatan mereka, keluarga itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada jam 2.30 petang 8 Ogos. Laporan itu juga dibuat sebagai rujukan bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mahkamah sekiranya video tersebut tidak dipadam.
Menurut Muhammad Yasim, laporan dibuat terhadap pengguna TikTok yang memuat naik gambar anaknya yang diambil pada 2024.
Katanya, walaupun pemilik akaun TikTok itu telah memohon maaf dan memadam video tersebut, masih ada individu yang menyebarkan berita palsu itu.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terhadap anak saya, Nurul Qurratu Aini, dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengaitkannya dengan kes ini,” tegasnya.
Dia juga mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya di media sosial kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pihak tidak bersalah.


