“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

25 Apr 2024 • 9:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar fail

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kerajaan akan meluluskan pembukaan sebuah lagi kasino di Forest City, di Johor Bahru.

Beliau yang menjawab soalan pihak media, sekali gus menafikan laporan Bloomberg News yang memetik sumber, bahawa Perdana Menteri bertemu dengan pengasas Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan bekas Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Genting Hong Kong Ltd, Tan Sri Lim Kok Thay, minggu lalu, untuk membincangkan perkara itu.

"Tiada kasino berlesen...tipu...tidak betul," katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Forest City adalah projek bernilai US$100 billion (RM470 bilion), yang dilancarkan pada 2014 oleh syarikat hartanah gergasi China sebelum ini, Country Garden, dengan kerjasama rakan niaga tempatan.

Ia bagaimanapun terkesan dengan situasi pasaran hartanah China, penularan pandemik COVID-19 serta kemerosotan ekonomi. – Getaran, 25 April 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved