Tiada kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi ini

LocalEnvironment
3 Nov 2026 • 11:43 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tiada kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi ini

Sebanyak 43 kawasan merekodkan IPU sederhana hari ini, dengan Johan Setia (79), Klang (77) dan Shah Alam (72) di Selangor mencatat bacaan tertinggi.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara berada pada tahap baik dan sederhana hari ini apabila tiada stesen merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 43 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dengan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 79.

Kawasan lain di Selangor yang mencatatkan IPU sederhana ialah Klang dengan bacaan 77, Shah Alam (72), Banting (64), Petaling Jaya (62) dan Kuala Selangor (55).

Di Negeri Sembilan kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Nilai (71), Seremban (57) dan Port Dickson (56) manakala di Perak kawasan yang terjejas ialah Seri Manjung (69), Tasek Ipoh (67), Taiping (54), Tanjung Malim (54) dan Pegoh Ipoh (56).

Di Johor, sebanyak tujuh kawasan mencatatkan IPU sederhana iaitu Pasir Gudang (71), Larkin (70), Kota Tinggi (62), Kluang (61), Batu Pahat (55), Pengerang (55) dan Segamat (55).

Bagi Kuala Lumpur, dua kawasan mencatatkan bacaan sederhana, iaitu Batu Muda (68) dan Cheras (62), manakala Putrajaya merekodkan bacaan 65.

Sementara itu, bacaan IPU sederhana di Pulau Pinang direkodkan di Seberang Perai (64), Seberang Jaya (53) dan Minden (52), manakala di Kelantan melibatkan Kota Bharu (60).

Di Pahang, tiga stesen merekodkan bacaan sederhana, iaitu Rompin (59) serta Balok Baru (62) dan Indera Mahkota (53) dengan kedua-duanya di Kuantan.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan sederhana ialah Tawau (60), Sandakan (56) dan Politeknik Kota Kinabalu (56) di Sabah; Bukit Rambai (59), Bandaraya Melaka (57) dan Alor Gajah (56) di Melaka; Kuala Terengganu (59) dan Besut (55) di Terengganu; serta Samalaju (59) dan Bintulu (53) di Sarawak.

IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved