Tiada kedai buka, bapa nekad redah banjir balik rumah ambil susu & lampin anak

29 Nov 2024 • 10:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
bapa nekad redah banjir

Seorang bapa nekad redah banjir balik ke rumah mengambil susu dan lampin anaknya memandangkan tiada kedai yang buka berikutan air yang semakin naik.

Menerusi perkongsian TikTok dikenali sebagai misshaa1, dia memuat naik video sewaktu suaminya meredah banjir yang sudah separas dada untuk pulang ke rumah bagi mengambil susu serta lampin anaknya yang masih bagi.

@misshaa1

Susu pempers anak habis..kedai plok ttp.. blik umh ngarung air paras dada#mangsabanjir #banjir2024

♬ Rain sound (indoor, window opening)(837944) - Yuki Shizuoka Sound

bapa nekad redah banjir balik rumah demi susu & lampin

Ujarnya, suami terpaksa melakukan tindakan nekad itu kerana kedai berhampiran tutup dan mereka tidak berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, misshaa1 menyatakan bahawa suaminya sudah membuat perkiraan dengan mengukur ketinggian banjir dan memilih untuk membatalkan hasrat pulang ke rumah jika air berada di paras yang agak dalam.

image is not available

Bapa nekad redah banjir selamat

Syukur, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan susu serta lampin anak mereka sudah berjaya diperoleh.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin dan memohon agar mendoakan mereka yang sedang dilanda bencana.

image is not available

Lain kali cuba minta bantuan pihak yang berwajib dahulu

Perkongsian wanita itu telah menjadi perhatian di media sosial apabila kebanyakkan daripada mereka menzahirkan rasa risau diatas tindakan berani itu.

Ada juga menyarankan supaya meminta pertolongan pihak berkuasa dalam mendapatkan bantuan makanan atau keperluan agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

image is not available

Tak nafikan, ada anak kecil waktu banjir memang membimbangkan

image is not available

Ada yang berkongsi kisah

image is not available

Apa-apa pun, semoga semua mangsa banjir berada dalam keadaan berhati-hati dengan situasi yang agak membahayakan ketika ini memadangkan arus deras masih lagi berlaku di daerah berisiko.

Diharap mereka yang berada di kawasan banjir sentiasa menjaga keselamatan diri serta orang disekeliling.

Sumber: TikTok misshaa1

View Original Article