Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN

30 Nov 2023 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Razarudin

KUALA LUMPUR - Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' dalam kes rakaman video tular perbualan berbaur lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff, tidak akan didedahkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendedahan identiti Mr H dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan tiada keperluan untuk mendedahkan identiti berkenaan memandangkan siasatan masih lagi dijalankan.

"Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah memanggil semula Mr H pada hari ini (Khamis) bagi tujuan sambungan rakaman percakapan, setakat ini kita sudah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sebelum ini dalam satu sidang media, Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendedahkan tindakan merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved