‘Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah’

21 Apr 2024 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Beliau berkata perkara itu diputuskan hasil dapatan penilaian risiko yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), bagaimanapun orang awam dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital terdekat sekiranya mengalami gejala pernafasan.

“Jabatan ini juga memantau penyakit berkaitan jerebu seperti jangkitan saluran pernafasan atas, asma dan juga penyakit konjunktivitis di beberapa klinik kesihatan dan hospital di negeri Sabah,” katanya menerusi kenyataan Sabtu.

Orang ramai dinasihatkan mengikuti laporan status kualiti udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar di https://apims.doe.gov.my/home.html dan mengambil tindakan kesihatan berpandukan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Dr Asits berkata letusan gunung berapi boleh membebaskan zarah berbahaya seperti abu serta gas karbon dioksida (CO2) dan sulfur dioksida (SO2).

Beliau berkata menurut Jabatan Meteorologi Malaysia letusan yang dicerap adalah sehingga 16,764 meter (55,000 kaki) di udara, namun pemantauan IPU tidak menunjukkan kualiti udara di permukaan bumi terjejas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.