Tiada kesalahan dikesan dalam perhimpunan ‘Justice for Zara’ - Polis

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laungan 'Justice for Zara' bergema dalam himpunan yang diadakan di sekitar pekarangan pusat beli-belah Sogo pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kesalahan dikesan berkaitan perhimpunan memperingati Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun tiada pelanggaran undang-undang direkodkan, pihak polis masih menjalankan pemantauan terhadap perhimpunan berkaitan.

“Memang tidak ada kesalahan dikesan dan keadaan masih terkawal dengan baik. Namun, kita memberi peringatan jelas bahawa sebarang tindakan yang melanggar undang-undang akan diambil secara serius.

“Kalau ada perhimpunan selepas ini, kita akan terus pantau dan bekerjasama dengan masyarakat untuk memastikan keadaan teratur,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan bahawa polis akan meneliti ucapan peserta sekiranya menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) dalam perhimpunan ‘Justice For Zara’ yang berlangsung di hadapan pusat beli-belah tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, seramai 100 pegawai dan anggota polis ditugaskan sepanjang himpunan itu.

Lagi artikel berkaitan: