Tiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan - PM

LocalPolitics
19 Jun 2023 • 1:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Nazlan

KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

"SPRM setelah mendapat laporan membuka kes atau kertas siasatan terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Rayuan) berhubung dengan kes rasuah.

"SPRM menyiasat dengan teliti perkara tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dan perkara ini dipersetujui Jabatan Peguam Negara,” kata beliau pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk A. Kesavadas mengenai status siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung tohmahan rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan dikatakan wujud di pihak hakim berkenaan ketika mengendalikan perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved